Who is Stalk Me 💞

Thursday 14 March 2019

Pengenalan Diriku

Assalamualaikum, nama diberi Noorliyana Binti Noor kamal. Berumur 32 tahun. Lahir di Tampin Negeri sembilan tetapi menetap di Bukit Katil, Melaka.  Sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang penyabar iaitu  Zuljamal bin Sabran.  Saya mempunyai  2 orang anak soleh yang bernama Muhammad Wa'ie yang berusia 2 tahun 5 bulan  dan Muhammad Wazien 1 tahun.

Saya mendapat pendidikan awal di sekolah Rendah Kebangsaan Gombak 2 pada tahun 1993-1999. Setelah itu saya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka Kelantan pada tahun 2000-2003. Setelah tamat PMR disana, saya terpaksa berpindah sekolah di Maahad Tanjung Bidara Melaka pada tahun 2004-2005 kerana mengikuti abah berpindah rumah di kampung.  Saya berjaya menamatkan SPM di sana dengan Gred Kepujian. Demi merealisasikan impian sendiri untuk menjadi seorang peguam Syarie, saya mengambil keputusan untuk menyambung ke Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) selama 1 tahun pada tahun 2006. Kemudian saya melanjutkan Diploma Syariah Islamiyyah di sana juga pada tahun 2007-2009. Selesai mendapat sjil diploma saya meneruskan lagi pelajaran saya dalam bidang syarie dan mengambil Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Kepujian di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah pada tahun 2010-2013. Alhamdulillah, pada tahun 2013-2014 saya nekad mengambil Diploma Kehakiman Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan berjaya garduate pada Mac 2016.

Memandangkan saya benar-benar ingin menjadi seorang peguam syarie yang berjaya, saya mengambil lesen peguam yang pertama iaitu di Negeri Kelantan pada tahun 2015. Alhamdulillah saya lulus dengan cemerlang pada sesi soal jawab. Pada tahun 2016 saya mengambil satu lagi lesen peguam syarie bagi Negeri Melaka dan saya berjaya dapatkan lesen tersebut pada June 2016. Syukur Alhamdulillah, Kini saya telah mempunyai firma guaman sendiri di Melaka iaitu Tetuan Liyana Kamal.

Saya juga menjalankan peniagaan barangan Ibu, bayi dan kanak-kanak di online mahupun offline. Minat dalam berniaga ini tercetus sejak selepas melahirkan anak pertama pada tahun 2017. Akibat terlalu bosan duduk di rumah saya berjinak-jinak menjadi dropship makanan bayi (toddible) dan pakaian bayi dan kanak-kanak. Alhamdulillah sambutan pada ketika itu amat memberangsangkan. Walaupun hanya sebagai dropship tapi keuntungan itu lebih. Lama-kelamaan saya menambah produk lain seperti Ebook Islamik by Mommyhana, Tasneem Baby Balm dan Supplement minda Alfateh.

Kini setelah hampir setahun lebih membuat perniagaan ini, saya telah berjaya mengumpul ejen dari serata negeri di Malaysia untuk produk Tasneem Naturel (balm bayi No.1 di Malaysia). Seronok bukan ada kerjaya sendiri dan pada masa yang sama mempunyai side income lain. Alhamdulillah, ini semua berkat doa dari suami, keluarga dan teman-teman yang tidak jemu mendoakan kejayaan saya. Saya sayang kalian sampai syurga.

Terima kasih abah sebab sentiasa beri sokongan buat yana sampai sekarang dah berjaya capai cita-cita yana. Tetaplah merestui anakmu ini walau apa jua keadaan sekalipun. Abah tetap idola yana dari kecil sampai sekarang. Terima kasih untuk segalanya.

Coretan umi anak dua,
(Liyana Kamal)

2 comments:

10 sebab dilarang dengan Suami Orang !!

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti teras...